AURA DINAMIK ENTERPRISE (002188362-K) adalah syarikat yang dimiliki oleh 100% Muslim Bumiputera dan telah ditubuhkan pada 27 Disember 2012.

Apa itu IMP (Islamic Manufacturing Practice) ?


IMP: ialah suatu piawaian yang bertaraf "HALALAN THOYYIBA“ sejak tahun 2005. Proses pengilangan yang bukan sahaja suci dari sudut Fisikalnya. “Yakni tidak ada bahan-bahan haram ataupun kontiminasi dengan bahan-bahan haram”. Malahan juga suci dari sudut rohaniahnya. Maknanya tangan-tangan yang memproses produk-produk juga suci dan halal.

Maksud Hadis : “ Halal itu jelas dan haram itu pun jelas. Di antara keduanya itu ada perkara yang samar (syubhat) yang kebanyakan manusia tidak mengetahuinya……”

IMP akan merangkumi semua proses di bawah untuk memastikan piawaiannya bukan sahaja memenuhi kehendak islam malah juga mematuhi peraturan-peraturan dan piawaian lain yang ditetapkan seperti:

1. IMP - Islamic Manufacturing Practice

2. GMP - Good Manufacturing Practice
3. HACCP – Persijilan dari Eropah
4. ISO9002
5. Halal

Proses Pengilangan IMP
Proses Pengilangan IMP Proses pengilangan terbahagi kepada 3:
1) Pengusaha
2) Situasi Kilang & Bahan Mentah
3) Pekerja

Pengusaha IMP
Pengusaha yang ingin melibatkan diri dalam pembuatan produk berasaskan Halalan Thoyyiba mestilah :
1) Mengetahui persoalan hukum pembuatan produk
2) Mempunyai ilmu-ilmu berhubung dengan persoalan keagamaan
3) Membekalkan produk yang mengikut piawaian syarak.
4) Menyedari bahawa penghasilan produk akan menjadi darah daging dan akan dituntut di akhirat kelak.

5) Niat untuk menyediakan produk yang halal lagi baik kepada pengguna Muslim semata-mata mencari keredhaan Allah.
6) Sumber kewangan yang digunakan untuk perniagaan tidak bersumberkan riba
   

Situasi Kilang & Bahan Mentah
1) Susunan dalam kilang mengikut syariat
2) Tidak ada muzik
3) Ada Nur bacaan Al-Quran
4) Ada kuliah kefahaman tentang IMP, GMP & HACCP
5) Ada kuliah kefahaman agama pada keseluruhan pengurusan & pekerja 3 kali seminggu
6) Sumber bahan-bahan mentah hendak lah yang halal dan mendapat pengesahan dari pihak berkuasa dan dari Unit Audit Syariah Dalaman.
7) Peralatan dan bahan mentah mestilah dibersihkan mengikut piawaian syariah. Contohnya: bersih lagi suci iaitu menggunakan air mutlak.
   

Pekerja
1) Pekerja mestilah Islam dan beriman kepada Allah dan Rasulnya (menutup aurat). 

2) Mengetahui dengan sungguh-sungguh hukum thoharah yang berhubung dengan dirinya dan kesucian bahan-bahan peralatan dan bahan mentah.
3) Mengetahui tentang air mutlak dan air mustakmal.
4) Kemampuan membaca Al-Quran kerana banyak doa-doa dan bacaan-bacaan yang perlu dibaca semasa proses pengilangan.
5) Sentiasa ada air wudhu.
6) Mesti memulakan dengan Bismillah dan doa-doa khusus.
7) Tidak bercampur antara lelaki dan perempuan.

Antara produk yang dihasilkan ialah Susu Puremil, susu penuh krim untuk anak berusia 1 tahun ke atas hingga orang dewasa. 

Share: